Wednesday, July 29, 2015

Update Julai 2015

Gambar raya 2015 di halaman rumah kampung dengan suami tersayang^^.

Assalamualaikum..setelah hampir 7 bulan, baru hari ini terpikir untuk buka blog. Alhamdulillah rezeki Allah..diet yang sy buat dulu berhasil. Setelah menunggu hampir 2 tahun, akhirnya sy bakal menimang cahaya mata yang pertama bulan 10 ini. Semoga segalanya berjalan dengan lancar..amin.. Kepada yang belum ada cahaya mata, dan menginginkannya, cubalah buat diet atkins. Kalau boleh suami isteri buat diet atkins. Muda-mudahan ada rezeki. Sy sudah mencuba dan berhasil. Anda bila lagi?

Sekarang ni sy jadi suri rumah sepenuh masa disebabkan kompeni tempat bekerja belum ada projek baru. Terasa untuk teruskan carrier baru ni sbb x penat sangat pun..haha.. apapun tetap kena kerja juga sebab dalam malaysia ni semua pun memerlukan duit dan harga barang pun naik daaan tiada penurunan. Ditambah dengan hutang PTPTN yang masih 5 angka bakinya. Botak kepala kalau seorang saja yang kerja. Betul tak?haha. Semoga rezeki semakin bertambah tahun ini..amin.

No comments:

Vitamin C: Graduation(Friend Forever)


  Found at Beemp3.com